Kursus Intervensi

Posted by Fadilah Binti Abdul Rauf


30 Jun - 3 Julai 2009
Selesa Beach Resort Port Dickson

Berkampung selama 4 hari menimba ilmu dan persediaan untuk sarjana. Terima kasih kepada pihak KPM, para penceramah dari EPRD dan teman-teman seperjuangan.


Secara tak sengaja mendapat teman Sarjana Multimedia yang juga setempat semasa matrikulasi, sekelas semasa di UKM, dan kini sekelas di USM. Love u Sheley.

PHP Fusion

Posted by Fadilah Binti Abdul Rauf


Tarikh : 19 Jun 2009
Hari : Jumaat

Berjaya upload portal SK Pengkalan Aur www.skpaur.edu.my yang menggunakan PHP Fusion. Semoga Intan dapat terus mewarnakan portal ini.

No more keyboards

Posted by Fadilah Binti Abdul Rauf

A Vision of K-12 Students Today

Posted by Fadilah Binti Abdul Rauf

Pengurusan Blog

Posted by Fadilah Binti Abdul Rauf


Tarikh : 26 - 28 Mei 2009
Tempat : Coral Bay Resort Pulau Pangkor

Mula memurnikan blog sedia ada dengan bantuan Guru Sumber PPDLMS yang berkaliber. Blog adalah sejenis laman web, biasanya di uruskan oleh individu dengan pelbagai kandungan seperti penerangan peristiwa, pelbagai material seperti grafik atau video. Blog terbaik sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Kebanyakkan blog mengandungi komen tentang sesuatu berita atau berfungi sebagai diari peribadi. Blog kebiasaanya mengandungi teks, imej dan pautan ke blog lain. Blog yang lebih mesra pengguna mempunyai fitur-fitur seprti kemampuan menambah komen oleh pengunjung.

Php Fusion

Posted by Fadilah Binti Abdul Rauf

8.10 pagi menerima panggilan dari Cikgu Yang Sharkawi b Saharom dari SMK Matang menjemput mengadakan taklimat PHP Fusion. Lepak dan Sifoo lagi pandai php fusion ni. Sikit-sikit boleh la, maklumla portal sekolah sendiri pun menggunakan php fusion ini. http://www.skdpanglima.edu.my. Kena buat rujukan dan slaid, serta menyediakan bahan-bahan yang perlu.

Tarikh Kursus : 23 Mei 2009 akan datang
Tempat : SMK Matang

Hujung bulan En Nasa kata akan ke Pangkor dan Pulau Pinang untuk menimba ilmu. Wow! Berita gembira untuk hari ini. Timba ilmu sebanyak munkin untuk menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Inshaallah.

Aplikasi Online

Posted by Fadilah Binti Abdul Rauf

Sedang dalam proses pembinaan aplikasi log penggunaan komputer atas talian yang ringkas dan mudah. Sistem atas talian ini bagi menggantikan sistem yang sedia ada menggunakan microsoft access. Data akan di simpan di dalam database phpMyAdmin. Sistem atas talian ini adalah lebih mudah kerana semua data akan disimpan di dalam satu table. Walaubagaimanapun terdapat beberapa kesalahan coding menyebabkan data tidak dapat disimpan. Guru online, Ina ( Programmer Pos Malaysia Berhad) nampaknya tak online hari ni.. Terhenti dulu projek ni.. Lepak pun sibuk jugak nak mintak semak coding php ni. Sambung esok...
Akhirnya... dapat juga dummy data masuk dalam database phpMyAdmin. Terima Kasih yang tak terhingga buat Azlina binti Bahari.. You are the greatest php programmer. Sambung esok untuk buat interface.